VERSI ENGLISH

Skim Amanah Rakyat - Amanah Saham Malaysia 3 (SARA-ASM 3)

Dahulunya dikenali sebagai Skim Amanah Rakyat 1Malaysia (SARA 1Malaysia)

SARA-ASM 3 merupakan suatu skim khas yang diperkenalkan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk menggalakkan penyertaan golongan berpendapatan rendah menabung dan melabur di samping untuk membantu mereka menangani kesan kenaikan kos sara hidup semasa. Skim ini dikendalikan dengan kerjasama Permodalan Nasional Berhad (PNB) dan institusi-institusi kewangan terlibat.

Tempoh pinjaman anda sudah matang (5 tahun)?

Para peserta akan menerima unit-unit ASM 3 bersamaan dengan jumlah bayaran bulanan yang telah dibayar sepanjang tempoh pinjaman bersama insentif terkumpul bulanan, sekiranya insentif tersebut tidak dikeluarkan dari akaun peserta. Para peserta boleh menambah pelaburan peribadi dalam ASM 3 (sekiranya unit masih ada).

Jika ada sebarang pertanyaan, sila hubungi talian HOTLINE SARA-ASM 3 di 03-20573065, ataupun emel kami di saracare@sara1malaysia.com.my.